DO'A RAWATAN
Membacakan kombinasi do'a untuk merawat buasir dengan membacakan ke atas air dan pesakit.
1. Surah Al- Fatihah
2. Selawat Syifa' http://doa2penyembuhan.blogspot.com/2020/05/blog-post.html
3 Selawat Tafrijiyyah http://doa2penyembuhan.blogspot.com/2020/05/blog-post.html
4. Do'a Penghilang Kesakitan http://doa2penyembuhan.blogspot.com/2020/05/blog-post.html
BAHAN RAWATAN
1. Air, daun semperai dan minyak sapi asli ATAU
2. Air, daun semperai, mentega fernleaf dan daun kelo ATAU
3. Air, kulit buah delima masak, ibu kunyit, dauninai dan bedak sejuk.
CARA PENYEDIAAN
Kaedah 1: Daun semperai dan minyak sapi asli.
a. Daun semperai ditumbuk lumat.
b. Panaskan minyak sapi dalam kuali kemudian masukkan daun semperai ketika minyak sedang mendidih.
c. Masaka sehingga kering dan pekat.
d. Digentel bulat-bulat seperti majun sebesar hujung jari kelingking.
e. Makan majun tersebut 5 biji sekali amakan berserta air yang telah dido'akan. Makan dua kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Kaedah 2: Daun semperai, mentega Fernleaf dan daun kelo.
Caranya sama seperti kaedah 1 di atas, hanya sebagai tambahan ketika memanaskan mentega Fernleaf, daun kelo hendaklah digunakan untuk mengacau mentega tersebut sehingga mendidih.
Kaedah 3: Air doa, kulit buah delima masak, ibu kunyit, daun inai dan bedak sejuk.
a. Bahan bahan yang telah dinyatakan di atas hendaklah digaul dan ditumbuk lumat.
b. Bahan tersebut boleh diminum setelah dikisar serta ditapis terlebih dahulu.
c. Bahan yang telah ditumbuk disapu pada permukaan lubang dubur.
![]() |
Majun semperai yang telah digentel bulat |
Jika anda tidak berpeluang membuat sendiri, kami ada stok untuk dijual dengan harga RM30 dua bekas. Sila : klik http://www.wasap.my/+60193223530
Ulasan
Catat Ulasan